preloader

Dari Pengalaman Usahawan Kepada Usahawan Perkongsian Ilmu
Teknikal Bisnes

MISI KAMI

Misi kami adalah untuk berkongsi ilmu teknikal bisnes dan memberi inspirasi kepada usahawan bisnes berskala mikro, kecil dan sederhana di dalam pembangunan penjenamaan, pengurusan pelanggan, produk, sistem dan piawaian, sumber manusia dan kewangan bisnes menurut landasan syariat Islam.

PERJUANGAN KAMI

Kami membayangkan dunia keusahawan yang terkandung di dalamnya majoriti usahawan Melayu Islam yang sama-sama berjuang meningkatkan ekonomi ummah berlandaskan syariat Islam.

Kami percaya bahawa untuk memperkasakan ekonomi orang kita adalah dengan kembali kepada sistem, tatacara dan kaedah perniagaan menurut garispanduan sunnah, hadith dan Al-Quran.

VALUE KAMI

Di dalam misi dan perjuangan kami mendokong nilai-nilai berikut:

MEMUDAHKAN

  • Penggunaan bahasa yang biasa dan ringkas beserta contoh-contoh dan analogi yang sederhana memudahkan pemahaman mesej yang perlu disampaikan.

 

BERTERUS TERANG

  • Kejujuran tanpa berselindung di dalam memberi pendapat lebih membantu untuk menyelesaikan masalah dengan telus dan tepat.

 

BERKONGSI SEGALANYA

  • Berkongsi segala idea, pendapat, pengetahuan dan pengalaman yang dapat memberi manafaat kepada orang lain tanpa had dan tanpa syarat.

 

‘BEAT THE STATUS QUO’

  • Sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima kelainan dari kebiasaan dan memandang sesuatu itu dengan perspektif dan dari sudut yang berbeza.

MAKLUMAT TERKINI

Sahar Sahad Coach Bisnes - Urus Duit Bisnes

Kelas 1 HARI ini memfokus kepada perkongsian ilmu pengurusan kewangan terutamanya ilmu asas pengurusan tunai untuk bisnes-bisnes berskala mikro dan kecil di dalam persekitaran perniagaan di Sabah.

Pendekatan dan contoh-contoh aplikasi pengurusan tunai adalah berkaitan dengan jenis-jenis perniagaan para peserta yang hadir.

Seminar 1 Hari ini dijalankan di dalam mode SYARAHAN (“LECTURE”), PERBINCANGAN, FORUM SOAL & JAWAB  berdurasi selama 7 jam (8.00 pagi - 5.00 petang) yang dibahagikan kepada 4 bahagian. Para peserta akan diberikan Buku Nota & Kerja (Workbook) sebagai rujukan.

BAHAGIAN 1: PENGENALAN ASAS ALIRAN TUNAI PERNIAGAAN

BAHAGIAN 2: MATLAMAT PENGURUSAN TUNAI

BAHAGIAN 3: SISTEM PEMANTAUAN ALIRAN TUNAI

BAHAGIAN 4: PEMBIAYAAN KEWANGAN PERNIAGAAN

Penyertaan DIHADKAN KEPADA HANYA 30 TEMPAT SAHAJA untuk para peserta hadir di Dewan Seminar, THE MAGELLAN SUTERA RESORT, KOTA KINABALU, SABAH.

KITAB (Kelas Intensif Teknikal Asas Bisnes IKS) adalah sebuah program kelas bersiri yang memfokus kepada ilmu teknikal asas-asas di dalam pengurusan bisnes berskala mikro, kecil dan sederhana.

KITAB dijalankan di dalam mode SYARAHAN (“LECTURE”)  berdurasi selama 7 jam (8.30 pagi - 5.30 pagi) yang dibahagikan kepada 4 slot.

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar dan setiap peserta akan diberikan BUKU NOTA & KERJA.

Kandungan modul KITAB Pengurusan Tunai & Rekod Kewangan Perniagaan IKS ini akan lebih memfokus untuk menjawab persoalan-persoalan asas dan kekeliruan-kekeliruan berikut:

  • SIMPANAN TUNAI (CASH RESERVE)
  • ALIRAN TUNAI (CASH FLOWS)
  • REKOD DAN DOKUMEN PENGURUSAN TUNAI

Sebanyak 150 tempat dihadkan untuk para peserta hadir di Auditorium, Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur bagi mengikuti Seminar #backtobasics yang dianjurkan secara bersemuka.

TEMPAHAN BUKU

sahar sahad business coach - buku sentap
sahar sahad business coach - buku sentap2

Salam kepada semua rakan-rakan usahawan sekalian.

Bermula dari tarikh 1.1.2022 saya akan berhenti menulis perkongsian tips dan artikel ilmu teknikal pengurusan bisnes di Sahar Sahad Business Focus FB Group.

Saya akan menulis artikel berkaitan pengurusan bisnes di WEBSITE saya dengan akses PERCUMA.

Tips dan peringatan ringkas berkaitan bisnes pula akan dimuatnaik ke MOBILE APPS saya. Tuan2 dan puan2 boleh mencari mobile apps saya di PLAY STORE atau APP STORE.

Sesi LIVE dan RECORDED VIDEO pula saya akan terus kongsikan di FB PRIVATE GROUP SALURAN ILMU INTEGRASI USAHAWAN START-UP (SILIBUS). Yuran keahlian adalah RM200 SETAHUN. Klik butang daftar di bawah untuk memohon masuk.

Saya menghargai sokongan tuan2 dan puan2 selama ini dan In Shaa Allah saya akan cuba memperbaiki mutu penulisan dan content yang akan saya terus kongsikan di platform-platform dan channels tersebut di atas.

Selamat berbisnes.

6 KATEGORI TIPS BISNES

Pemasaran & Penjualan

Operasi & Produksi

Perakaunan & Kewangan

Pengurusan Pelanggan

Organisasi & Pengurusan Staf

Francais & Perlesenan

BLOG / TIPS TERKINI

Tips Bisnes 2024

Tips Bisnes 2024

Berikut adalah senarai semak untuk para usahawan mengambil tindakan bagi memastikan bisnes mereka masing-masing akan lebih sustainable di tahun 2024.…

Bagaimana Menguruskan Pelanggan Yang Tidak Berpuas Hati

Bagaimana Menguruskan Pelanggan Yang Tidak Berpuas Hati

Hampir setiap dari kita yang menjalankan perniagaan dan berurusan dengan banyak kumpulan prospek dan ramai pelanggan pernah berhadapan dengan situasi…

5 Langkah Memilih Business Coach

5 Langkah Memilih Business Coach

Bisnes coaching adalah satu perkhidmatan profesional oleh coach bisnes membimbing usahawan ke arah mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan. Perkhidmatan…

Tips Bisnes 2024

Berikut adalah senarai semak untuk para usahawan mengambil tindakan bagi memastikan bisnes mereka masing-masing akan lebih sustainable di tahun 2024. 1. Bersedia untuk lebih hands-on dalam operasi bisnes terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Jangan semua nak mengharap staff dan “sistem/ SOP” yang kononnya macam teratur sangat dah tu. Jangan tidak masuk ofis berminggu-minggu atas […]

5 Langkah Memilih Business Coach

Bisnes coaching adalah satu perkhidmatan profesional oleh coach bisnes membimbing usahawan ke arah mencapai matlamat dan sasaran yang ditetapkan. Perkhidmatan tersebut meliputi khidmat nasihat, bimbingan di dalam bidang kepimpinan (leadership), pembangunan strategi dan taktikal bisnes. Seseorang coach bisnes juga berkeupayaan untuk membimbing usahawan menambaik set minda dan cara berfikir yang efektif di dalam pengurusan sesebuah […]

Pemasaran Keterlaluan Punca Bisnes Merudum

Sering kita dapat saksikan kemunculan bisnes-bisnes dan jenama-jenama tempatan orang kita dari masa ke semasa. Bisnes mereka ini nampak meroket dalam masa yang singkat. Namun setelah beberapa ketika, bisnes-bisnes dan jenama-jenama berkenaan semakin senyap dan ada yang terus sunyi. Baru berbisnes tidak sampai tempoh 2 tahun telah timbul masalah-masalah yang merupakan perkara asas dalam pengurusan […]

Berpengalaman dalam pembelajaran ilmu teknikal bisnes

SIAPA SAHAR SAHAD?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih kerana sudi melayari laman sesawang ini dan saya berharap banyak informasi dan maklumat bermanafaat yang bakal anda perolehi di sini.

Ramai usahawan yang bertanya kepada saya, “Apakah faktor dan punca utama kegagalan sesebuah bisnes di kalangan orang kita?”

Jawapan ringkas dan mudah saya adalah “Ramai yang menempa kegagalan di dalam berbisnes apabila mereka tidak menguasai ILMU TEKNIKAL BISNES”.

Memperkenalkan diri, saya SAHAR SAHAD adalah seorang usahawan seperti anda yang bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang ilmu teknikal bisnes selaku seorang Coach dan Konsultan Bisnes.

PENGENALAN FB FOCUS GROUP

Perkongsian ilmu teknikal bisnes dikongsikan di dalam Facebook Focus Group ini di dalam bentuk penulisan artikel dan perkongsian santai bertulis.

Usahawan-usahawan di dalam komuniti ini bebas untuk bertanya soalan dan membincangkan isu-isu bisnes mengikut artikel dan posting yang dikongsikan. Semoga apa yang dikongsikan di dalam Facebook Focus Group ini akan terus memberi manafaat kepada kita semua.

Facebook Focus Group yang diberi nama SAHAR SAHAD BUSINESS FOCUS GROUP terbuka secara PERCUMA kepada rakan-rakan yang berbisnes dan bekerja sendiri tertakluk kepada terma dan syarat.

PENGENALAN SILIBUS

S.I.L.I.B.U.S adalah nama singkatan kepada SALURAN ILMU INTEGRASI BISNES USAHAWAN START-UP (SILIBUS)  yang menghimpunkan perkongsian ilmu teknikal bisnes di dalam format penulisan-penulisan artikel pendek dan video rakaman sesi FB Live.

Tuan Sahar Sahad komited untuk mengadakan satu sesi FB Live pada setiap minggu di dalam SILIBUS. Topik-topik sesi FB Live dipilih dari persoalan-persoalan dan pertanyaan-pertanyaan yang diterima dari para usahawan sendiri.

Sesi FB Live di dalam SILIBUS memfokus untuk menjawab persoalan bisnes dari usahawan-usahawan dan memberi penjelasan, komen dan pandangan Tuan Sahar Sahad sendiri ke atas permasalahan dan isu-isu pengurusan bisnes yang ditimbulkan.

Sehingga kini terkandung lebih dari 100 rakaman video perkongsian ilmu teknikal bisnes oleh Tuan Sahar Sahad di dalam FB Group SILIBUS ini.

Keahlian di dalam SILIBUS ini dikenakan caj RM200 SETAHUN.

PENGENALAN K.I.T.A.B

K.I.T.A.B adalah singkatan kepada Kelas Ilmu Teknikal Asas Bisnes yang dijalankan mengikut format SEMINAR, KELAS atau WORKSHOP.

Kandungan K.I.T.A.B tersangat bersesuaian kepada mereka yang baru memulakan bisnes dan kumpulan usahawan yang belum mencapai jumlah jualan melebihi RM100 ribu sebulan.

Modul program ini memfokus kepada ilmu asas teknikal bisnes yang tersangat kritikal dan praktikal kepada usahawan di dalam membangunkan sesebuah bisnes.

PENGENALAN B.E.S.T

B.E.S.T. dalah singkatan nama kepada B.E.S.T - BENGKEL EFEKTIF STRATEGI TEKNIKAL BISNES 2023.

B.E.S.T. 2023 adalah sebuah program bengkel praktikal yang terdiri dari beberapa modul terpilih berkaitan dengan ilmu teknikal bisnes yang akan dijalankan di dalam mode BENGKEL setiap satunya selama 2 HARI  & 1 MALAM yang memfokus kepada aplikasi kerja praktikal di dalam templat-templat yang disediakan.

B.E.S.T. 2023 dikhususkan hanya kepada 50 orang peserta sahaja pada satu-satu sesi. Ini bertujuan agar tumpuan dapat diberikan kepada setiap peserta dengan lebih mendalam dan ‘personalized’.

PENGENALAN SIDANG

Sebuah program ‘Personalized Business Coaching’ yang dikendalikan sendiri oleh Tuan Sahar Sahad.

Program ini terbuka kepada sebarang jenis bisnes tidak mengira tahap kematangan berbisnes seseorang usahawan tertakluk kepada terma dan syarat.

Usahawan akan dibimbing untuk menguasai ilmu teknikal pengurusan bisnes dari peringkat asas sehingga ke tahap lanjutan.

Hanya 10 slot eksklusif sahaja tersedia untuk program SIDANG ini pada satu-satu masa.