Dari Pengalaman Usahawan Kepada Usahawan
Perkongsian Ilmu Teknikal Bisnes
MISI KAMI
Misi kami adalah untuk berkongsi ilmu teknikal bisnes dan memberi inspirasi kepada usahawan bisnes berskala mikro, kecil dan sederhana di dalam pembangunan penjenamaan, pengurusan pelanggan, produk, sistem dan piawaian, sumber manusia dan kewangan bisnes menurut landasan syariat Islam.
PERJUANGAN KAMI
Kami membayangkan dunia keusahawan yang terkandung di dalamnya majoriti usahawan Melayu Islam yang sama-sama berjuang meningkatkan ekonomi ummah berlandaskan syariat Islam.
Kami percaya bahawa untuk memperkasakan ekonomi orang kita adalah dengan kembali kepada sistem, tatacara dan kaedah perniagaan menurut garispanduan sunnah, hadith dan Al-Quran.
VALUE KAMI
Di dalam misi dan perjuangan kami mendokong nilai-nilai berikut:
MEMUDAHKAN
Penggunaan bahasa yang biasa dan ringkas beserta contoh-contoh dan analogi yang sederhana memudahkan pemahaman mesej yang perlu disampaikan.
BERTERUS TERANG
Kejujuran tanpa berselindung di dalam memberi pendapat lebih membantu untuk menyelesaikan masalah dengan telus dan tepat.
BERKONGSI SEGALANYA
Berkongsi segala idea, pendapat, pengetahuan dan pengalaman yang dapat memberi manafaat kepada orang lain tanpa had dan tanpa syarat.
‘BEAT THE STATUS QUO’
Sentiasa berfikiran terbuka untuk menerima kelainan dari kebiasaan dan memandang sesuatu itu dengan perspektif dan dari sudut yang berbeza.