S.I.L.I.B.U.S (Saluran Ilmu Integrasi Bisnes Usahawan Start-Up) merupakan platform pembelajaran atas talian (online) yang dikendalikan oleh Sahar Sahad untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi praktikal dalam bidang perniagaan, pengurusan dan keusahawanan.
Setiap batch SILIBUS terdiri daripada 5 sesi interaktif pembelajaran atas talian secara langsung melalui Aplikasi Zoom yang memfokus kepada topik-topik perniagaan yang relevan dan boleh terus diaplikasikan. Setiap sesi berdurasi selama 2.5 jam.
Tarikh dan masa akan ditetapkan dan diumumkan kepada para peserta.
Peserta juga akan menerima akses kepada rakaman sesi, bahan pembelajaran dan komuniti SILIBUS di sepanjang tempoh langganan aktif.
Yuran Penyertaan: RM350 seorang bagi setiap batch (5 sesi)