B.E.S.T – BENGKEL EFEKTIF STRATEGI TEKNIKAL BISNES
1-DAY CRASH COURSE 2025 STRATEGIC PLANNING FOR SMALL BUSINESSES
- PENGENALAN
- DAY CRASH COURSE 2025 STRATEGIC PLANNING FOR SMALL BUSINESSES adalah sebuah sub-program di bawah B.E.S.T- BENGKEL EFEKTIF STRATEGI TEKNIKAL BISNES yang berformatkan sebuah program bengkel praktikal memfokus kepada aplikasi kerja praktikal di dalam templat-templat yang disediakan.
- Program ini dirangka untuk memberi pendedahan dan kefahaman ke atas kepentingan strategi bisnes dan mengenalpasti strategi berkaitan yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing.
- Program ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk mempraktiskan pembangunan pelan strategik bisnes dengan mengaplikasikan teknik-teknik memudahcara formulasi strategi bisnes.
- Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar. TENAGA PENGAJAR – Tuan Sahar Sahad.
- KUMPULAN SASARAN
- DAY CRASH COURSE 2025 STRATEGIC PLANNING FOR SMALL BUSINESSES bersesuaian untuk usahawan, pengasas produk, pengurus dan eksekutif kanan yang bertanggungjawab merencana dan menyusun arah tuju strategik organisasi bisnes masing-masing.
- Program ini juga dirangka bersesuaian kepada mereka yang baru menceburi dunia perniagaan dan ingin mendalami pengetahuan berkaitan proses-proses pembangunan pelan strategik bisnes.
- OBJEKTIF PROGRAM
- Di penghujung program 1-DAY CRASH COURSE 2025 STRATEGIC PLANNING FOR SMALL BUSINESSES ini, para peserta dijangka akan lebih memahami kepentingan pelan strategik bisnes dan dapat menguasai proses-proses pembangunan pelan strategik bisnes untuk diaplikasikan ke dalam pengurusan dan perancangan bisnes masing-masing.
- ‘HIGHLIGHTS OF THE PROGRAM’
- Pembentangan konsep dan carta aliran mudah difahami proses pembangunan pelan strategik bisnes;
- Pencerahan ke atas ‘tools’ , ‘business ideologies’ dan pendekatan yang harus digunakan di dalam pembangunan pelan strategik bisnes;
- Kerja berkumpulan ke atas permasalahan dan ‘cases studies;
- Kerja individu mengaplikasikan templat-templat dan ‘tools’ disediakan.
- TARIKH & LOKASI
- 3 DISEMBER 2024 bertempat di BANGI RESORT HOTEL (Off, Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor)
Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.00 pagi dan slot pertama akan bermula tepat pada pukul 8.30 pagi.
Program bakal berakhir pada pukul 10 malam.
- YURAN
- RM350/pax (UMUM).
- RM300/ pax (AHLI SIDANG)
Yuran tertera adalah TIDAK TERMASUK kos perjalanan dan penginapan peserta. Sarapan pagi juga TIDAK DISEDIAKAN di sepanjang program (Harus diuruskan dan dan segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh setiap peserta).
PENTING: Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Urusan penginapan dan kos perjalanan perlu diuruskan dan ditanggung sendiri oleh setiap peserta.
Makanan dan minuman yang disediakan kepada peserta adalah sepertimana dinyatakan di dalam aturcara program.
8.00 am – Pendaftaran
8.30 am – Module 1: Pengenalan 5 Tekanan Luaran Berterusan Bisnes & 6 Teras Perniagaan
10.00 am – Minum Pagi
10.30 am – Module 2: Penentuan ‘Strategic Position’. Mengenalpasti kedudukan di dalam pasaran dan menganalisa kekuatan dan kelemahan dalaman. Pengenalan ‘BCG MATRIX’ dan ‘SWOT ANALYSIS TEMPLATE’.
12.30 pm – Makan Tengahari & Dzohor
2.00 pm – Module 3: Penetapan Arah Tuju, Misi dan Strategi Bersaing di Pasaran. Pengenalan ‘ANSOFF MATRIX’.
3.30 pm – Minum Petang
4.00 pm – Module 4: Pembangunan Pelan Strategik Mengaplikasikan ‘TOWS MATRIX’.
5.30 pm – Solat Assar, Makan Malam, Solat Maghrib
8.00 pm – Pelan Perlaksanaan Strategi. Mengaplikasikan ‘ACTION PLAN & TASK MONITORING template’ dan Pengurusan Prestasi.
10.00 pm – TAMAT
- SYARAT-SYARAT LAIN
- Hanya peserta yang telah mendaftar dan telah menjelaskan pembayaran penuh dibenarkan untuk menyertai program ini.
- Pihak penganjur berhak untuk tidak menerima permohonan pendaftaran atau membatalkan mana-mana penyertaan peserta.
- Aturcara program adalah sebagai satu garis panduan sahaja dan pihak penganjur berhak untuk meminda kandungan dan format program mengikut kesesuaian pada hari program berlangsung.
- Program ini terbuka hanya untuk orang dewasa. BAYI, KANAK-KANAK dan REMAJA BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk ke dalam dewan di sepanjang program ini sedang berlangsung.
- Kesemua peserta TIDAK DIBENARKAN untuk membuat LIVE STREAMING melalui mana-mana saluran media di sepanjang program sedang berlangsung. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang tidak menuruti peraturan yang telah ditetapkan ini.
- Pendaftaran akan di TUTUP pada 30 NOVEMBER 2024, jam 11.59 malam.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi;
016 276 5616 (Puan Fairus)