preloader

Business Coaching

PERMOHONAN MENYERTAI
PROGRAM SIDANG

SIDANG adalah sebuah PROGRAM BIMBINGAN BISNES DIPERIBADIKAN (Personalized Business Coaching) di bawah pengurusan dan kendalian Tuan Sahar Sahad.

KEAHLIAN SIDANG pada masa ini DIHADKAN kepada 10 buah bisnes sahaja untuk memastikan setiap ahli SIDANG mendapat perhatian khusus yang secukupnya dari Tuan Sahar Sahad.

Pendekatan program SIDANG ini adalah secara konsultansi bersemuka dan lawatan audit serta penilaian prestasi operasi bisnes ke premis Usahawan. Khidmat sokongan bimbingan dan nasihat secara talian (on-line) adalah tidak terhad di sepanjang program berlangsung.

Usahawan di dalam program SIDANG ini juga berpeluang untuk menyertai sesi-sesi forum, kelas dan bengkel bisnes yang dibuka secara EKSKLUSIF.

Program SIDANG merangkumi skop berikut:

  • Pembangunan peribadi Usahawan dari segi disiplin rutin harian, pemikiran kritikal, skil membuat penilaian dan membuat keputusan;
  • Pembangunan kumpulan pengurusan dan ‘key personal’ dari segi prestasi kerja dan skil membuat penilaian dan membuat keputusan;
  • Penyusunan semula struktur organisasi dan operasi entiti bisnes untuk bergerak ke arah satu visi dan memperkemaskan 6 teras utama iaitu Peningkatan Kualiti Kumpulan Pelanggan, Pembangunan Penjenamaan, Keunikan Produk Dan Servis, Penstabilan Proses Dan Sistem, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Kewangan;
  • Penetapan dan perancangan strategi bisnes ke arah mencapai sasaran kewangan berkaitan dengan peningkatan keuntungan, kelancaran aliran tunai dan peningkatan nilai ekuiti entiti bisnes; dan
  • Pemantauan perlaksanaan strategi dan pelan tindakan pelan bisnes di dalam pembangunan dan pengembangan bisnes.

 

Permohonan untuk menyertai program SIDANG ini terbuka kepada bisnes yang entiti bisnes nya berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 (Pindaan 2016);

SILA ISIKAN BORANG DI BAWAH untuk permohonan dan proses penilaian. 

1MAKLUMAT PEMOHON
2MAKLUMAT SYARIKAT
3PERINCIAN BISNES
4MAKLUMAT ATAS TALIAN SYARIKAT
5PENGAKUAN