preloader

Business Coaching

 Elemen Di Dalam Persaingan Berbisnes

Elemen Di Dalam Persaingan Berbisnes

Menyentuh soal PERSAINGAN (Rivalry) di dalam pasaran berbisnes, terdapat 3 elemen yang perlu diberi perhatian. Elemen-elemen ini yang menentukan tahap persaingan yang bakal kita hadapi.

1) CATEGORY

Jenis produk/ servis yang kita jual/ tawarkan menenentukan the basics requirements yang perlu kita penuhi untuk lebih competitive. Samada kategori atau industri yang kita ceburi itu telah tepu dengan persaingan samada oleh kerana ‘mudah’nya persaingan dapat masuk atau tren pasaran (market trend) telah sekian lama wujud.

Adakah telah wujud gergasi-gergasi pesaing yang menguasai pasaran untuk sekian lamanya. Dan apakah kategori Product lifecycle yang sedang kita hadapai, adakah ia sedang meningkat atau sedang di penghujung hayatnya.

2) TERRITORY

Di mana bisnes kita berada dari segi kewujudan fizikalnya – (geograhically) memberi kesan saiz peluang atau sengitnya persaingan yang akan kita hadapi. Platform samada kita berada di dunia ONLINE atau OFFLINE juga memberi sumbangan penting di dalam perkara ini.

3) ALTERNATIVES & SUBSTITUTES

Perlu kita sedar samada wujudnya opsyen kepada kumpulan sasaran kita selain produk/ servis yang akan kita tawarkan.

  • Alternatif adalah item yang bersaing secara langsung – direct rivals.
  • Substitutes atau Pengganti adalah persaingan tidak langsung – indirect competition.

Semak bisnes anda dan pastikan kita mempunyai kelebihan dan berupaya bersaing di dalam ketiga-tiga elemen di atas.

Harap bermanafaat.