KITAB – Kelas Intensif Teknikal Asas Bisnes
MAXIMIZING EMPLOYEE POTENTIAL
– A Blueprint of Building Productive, Loyal & Self-Driven Employees
Apa kaitannya anda sebagai seorang usahawan atau sebagai seorang pengurus dengan proses recruiting, developing, and retaining talent? Jawapan ringkasnya mudah: anda mempunyai peranan sepenuhnya dalam semua aktiviti tersebut.
Managing talent bukanlah tugas human resource (HR) department semata-mata. Walaupun HR professionals mempunyai peranan tertentu dalam talent management, begitu juga CEO, top managers serta individu itu sendiri, namun tanggungjawab membina bakat setiap hari bukan terletak pada human resource (HR) department sahaja.
Salah satu sebabnya mudah: pengurus berinteraksi dengan pekerja hampir setiap hari, manakala HR professionals hanya berinteraksi dengan mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Kerana kebanyakan talent development berlaku semasa bekerja (on-the-job) dan bukannya melalui latihan formal di luar tempat kerja (training classrooms off the job), maka adalah wajar disimpulkan bahawa setiap penyelia pekerja memikul tanggungjawab utama dalam talent management.
Oleh itu, modul program ini memberi tumpuan kepada isu-isu taktikal, berbanding isu strategik, yang terlibat dalam bagaimana talent diurus dan dibangunkan.
Seminar MAXIMIZING EMPLOYEE POTENTIAL – A Blueprint of Building Productive, Loyal & Self-Driven Employees ini dirangka untuk disediakan practical tips agar para peserta lebih menguasai dan mampu mempraktikkan senarai checklists and tools for talent management.
Modul 1: Talent Management – Mengenal pasti dan grooming a replacement serta menilai, merekrut dan memilih talent.
Modul 2: Training and Developing Talent.
Modul 3: Mengurus Individu Berpotensi Tinggi (High Potentials), Berprestasi Tinggi (High Performers), dan Profesional Berkaliber Tinggi (High Professionals).
Modul 4: Retaining Talent dan Bekerja dengan Individu Berprestasi daripada Pelbagai Latar Belakang (Diverse People Performers).
Di penghabisan program ini, para peserta dijangka mencapai objektif-objektif seperti berikut:
• Usahawan akan lebih faham dan yakin akan kepentingan talent management di dalam pembangunan sesebuah bisnes.
• Setiap pengurus menerima hakikat bahawa kerja-kerja recruiting, developing, and retaining talent ini bukan tugasan Human Resources department semata-mata.
• Para peserta akan lebih menguasai skil-skil berikut:
Modul 1: Talent Management – Mengenal pasti dan grooming a replacement serta menilai, merekrut dan memilih talent.
Kebiasaannya, proses pengambilan (recruiting) dan pemilihan (selection) pekerja terdiri daripada beberapa langkah. Langkah-langkah ini mungkin berbeza, tetapi logik asasnya ialah proses pengambilan perlu menghasilkan senarai calon yang kukuh dan benar-benar berkelayakan (a robust list of well-qualified people), lebih ramai lebih baik, manakala proses pemilihan pula bertujuan mengecilkan senarai tersebut untuk mendapatkan calon terbaik bagi sesuatu jawatan.
Modul 2: Training and Developing Talent.
Training ialah sebarang usaha jangka pendek (short-term effort) yang direka untuk melengkapkan individu dengan pengetahuan, kemahiran, dan attitude yang mereka perlukan bagi mencapai hasil kerja yang boleh diterima, atau bahkan hasil kerja yang cemerlang.
Development pula ialah sebarang usaha jangka panjang (longer-term effort) yang direka untuk melengkapkan individu dengan hasil daripada pengalaman kerja yang diperlukan untuk menyediakan mereka menghadapi tanggungjawab pada masa hadapan, mungkin pada tahap yang lebih tinggi. Development merupakan elemen paling penting dalam menyediakan individu berbakat untuk merealisasikan potensi mereka, dan kira-kira 90 peratus daripada keseluruhan development process berlaku semasa bekerja (on-the-job).
Walaupun kita mungkin terdorong untuk menghantar pekerja keluar dari organisasi atau jabatan bagi menghadiri latihan sebagai persediaan masa hadapan, realitinya ialah pembangunan yang paling penting sebenarnya berlaku semasa bekerja. Ia berada di bawah kawalan langsung (direct control) dan segera (immediate control) kita.
The challenge is how to manage it.
Modul 3: Mengurus Individu Berpotensi Tinggi (High Potentials), Berprestasi Tinggi (High Performers), dan Profesional Berkaliber Tinggi (High Professionals).
Sering berlaku di mana pengurus percaya bahawa mereka perlu melayan semua pekerja mereka dengan cara yang sama. Namun, seperti yang diketahui oleh setiap pengurus yang berpengalaman, melakukan sebaliknya sering mengundang rungutan bahawa pengurus tersebut mengamalkan pilih kasih. Keadaan ini boleh menimbulkan persoalan mengapa pengurus bertindak sedemikian.
Hakikatnya, tidak semua orang mempunyai tahap bakat yang sama. Hanya sebilangan kecil individu memiliki keupayaan yang luar biasa dalam bidang tertentu. Ini bermakna ada pekerja yang mungkin perlu diuruskan secara berbeza berbanding mereka yang tidak mempunyai bakat istimewa tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan potensi tinggi (high potential), prestasi tinggi (high performer), dan profesional bertaraf tinggi (high professional)? Mengapakah golongan ini penting dalam program pengurusan bakat (talent management)? Apakah yang perlu dilakukan oleh pengurus secara konsisten untuk mengurus individu berpotensi tinggi, berprestasi tinggi dan profesional bertaraf tinggi ini?
Dengan menjawab persoalan-persoalan penting ini, anda akan memahami bagaimana untuk mengurus golongan yang sering digelar sebagai “high flyers”, iaitu individu yang memiliki bakat dan keupayaan yang unik.
Modul 4: Retaining Talent dan Bekerja dengan Individu Berprestasi daripada Pelbagai Latar Belakang (Diverse People Performers).
Turnover merupakan masalah yang berterusan, walaupun ketika berlakunya kemerosotan ekonomi global. Individu yang mempunyai bakat istimewa sentiasa mendapat permintaan kerana produktiviti mereka atau value-added traits yang mereka bawa melebihi jumlah gaji dan total compensation costs yang dibayar kepada mereka. Ramai pengurus masih berpegang kepada kepercayaan bahawa the right people sentiasa boleh ditemui sekiranya organisasi sanggup membayar secukupnya. Dan hampir tiada siapa yang meragui bahawa turnover sememangnya membawa kos yang tinggi.
Bagaimanakah organisasi anda pada masa ini menguruskan pengekalan pekerja (retention)? Adakah terdapat pelan yang sistematik yang merangkumi semua pekerja, atau majikan hanya menangani kehilangan talented people on a case-by-case basis?
Apakah yang anda lakukan untuk menggalakkan talented people terus kekal dalam organisasi anda?
Bagaimanakah organisasi anda menguruskan sesi temu bual keluar (exit interview)? Apakah langkah yang diambil oleh organisasi anda untuk mengetahui sebab mengapa the best people memilih untuk terus kekal?