preloader

Business Coaching

SALES PLANNING WORKSHOP

Setiap pemilik bisnes dan usahawan pasti berkongsi satu matlamat yang sama; iaitu; sustainable revenue growth. Walau bagaimanapun, untuk mencapainya, ia tidak boleh berharap kepada satu kebetulan. It is not accidental. Ia pastinya adalah hasil dari persediaan yang teliti, strategic alignment, dan data-driven decision-making.

Kebiasaan yang berlaku adalah sales team bekerja di dalam satu kitaran sama yang berulang-ulang tanpa arah tuju yang jelas, mengejar leads dengan semborono, menggunakan kaedah lapuk yang diturunkan dari pihak pengurusan terdahulu tanpa mengambil kira kaedah terkini mengikut keperluan sekarang. Akibatnya adalah prestasi yang tidak konsisten, wasted resources dan missed opportunities.

Sales Planning Workshop ini direka untuk satu anjakan paradigma di dalam membangunkan perancangan jualan yang lebih proaktif.

Modul workshop ini menyajikan kepada anda beberapa frameworks, tools yang efektif dan 4 jenis Sales Analysis untuk anda;

  • Lebih jelas di manakah kedudukan bisnes anda sekarang.
  • Setting a clear and measurable goals sepadan dengan capacity, capability dan competency bisnes anda.
  • Berjaya menyediakan a robust roadmap terkandung di dalamnya strategi-strategi menjana dan meningkatkan jualan yang spesifik.

Di penghujung workshop ini, anda bukan sahaja lebih memahami sales strategy; anda juga akan mempunyai asas sales plan document khusus secara spesifik untuk bisnes anda masing-masing.

JOM MENDAFTAR SEKARANG!

 

OBJEKTIF PROGRAM

Di pengakhiran program ini, para peserta dijangka akan dapat:

  • Membuat analisa kedudukan tahap dan data prestasi jualan.
  • Membangunkan sasaran angka jualan yang jelas dan ‘Key Performance Indicators (KPIs) yang spesifik berasaskan kepada data.
  • Menggariskan strategi-strategi, langkah-langkah, proses-proses penjanaan jualan yang teratur.
  • Menetapkan kumpulan sasaran prospek dan pelanggan yang tepat berdasarkan kepada ciri-ciri ‘buyer persona’ yang dibangunkan.
  • Membangunkan sebuah ‘actionable sales plan document’ yang lengkap.

 

KAEDAH PENYAMPAIAN

  • Pembentangan slides.
  • Penerangan analisa dan “tools” yang dicadangkan.
  • Pembentangan beserta interaksi komunikasi dua-hala bersama para peserta.
  • Latihan individu menggunakan “real life company data”.
  • Kerja dan perbincangan berkumpulan.

 

SIAPA YANG HARUS HADIR

  • Pemilik Perniagaan (Business Owner)
  • Usahawan (Entrepreneur)
  • Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer)
  • Ketua Jabatan Pemasaran (Marketing)
  • Ketua Jabatan Jualan (Sales)
  • Individu yang dipertanggungjawabkan untuk membuat perancangan jualan syarikat

 

MODUL WORKSHOP

1. Situational Analysis & Insights

  • 4 Sales Data Analysis – Sales Composition, Comparison, Trend & Ratio Analysis.
  • BCG Matrix – Analysis of current product portfolios.
  • SWOT Analysis & PESTEL Analysis – Business analysis from multiple perspectives. 
  • Sales Mix Analysis – Analysis of the current sales quality and key contributors.

Dengan gabungan beberapa analisa ke atas elemen-elemen dalaman dan juga luaran, gambaran jelas akan kedudukan semasa bisnes dapat diperolehi. Beserta dengan data-data terkini dan hasil kesimpulan yang ada, ia dapat membantu dan memberi input yang berguna untuk sebuah perancangan jualan yang lengkap dan ‘reliable’.

 

2. Defining Goals and Target Audiences

  • SMART Goals – 3 Key Financial Goals.
  • Sales Key Performance Indicators (KPIs).

Pemantauan sales KPIs yang komprehensif adalah penting untuk membantu di dalam membuat unjuran jualan, meramal trend, membuat keputusan-keputusan kritikal berasaskan data dan membantu penyelesaian isu/ masalah secara proaktif di dalam “sales process”.

Sales KPIs yang kritikal dapat dikategorikan kepada “Measure Results” (lagging indicators – penilaian-penilaian ke atas pencapaian dan tahap ‘kesihatan’ keseluruhan sesebuah bisnes)” dan juga “Measure Activities & Efficiency” (leading indicators – memfokus kepada keberkesanan proses jualan dan digunakan untuk meramal jualan masa hadapan).

 

3. Strategy, Process, and Resources

  • Winning Sales Strategies – Techniques for Branding & Product Positioning.
  • Pricing Strategies.
  • Sales Funnels & Magic Numbers.

Di dalam langkah ini, adalah penting untuk “mapping the sales process” dan mengenalpasti “the bottlenecks” untuk dilancarkan prosesnya. “The journey” ini melibatkan perjalanan dari kumpulan “leads” kepada prospek kepada “the buyers” sebelum bertukar kepada “the customers”. Di setiap fasa memerlukan strategi proses jualan dan “offering” yang berbeza bagi memastikan kumpulan-kumpulan ini terus bergerak ke fasa seterusnya dan terus kekal berada di dalam kitaran pelanggan yang menyumbang kepada jualan berterusan.

 

4. Action Planning & Implementation

  • Sales Plan Document.
  • Actionable Checklist & Plan.

Matlamat sesi terakhir ini adalah untuk menghasilkan “a practical and living blueprint” yang harus digunakan sebagai satu rujukan penilaian dan pemantaun prestasi jualan.

 

SYARAT-SYARAT LAIN

  • Pendaftaran yang telah diterima dan disahkan TIDAK BOLEH dipindahmilik kepada peserta lain TANPA KEBENARAN BERTULIS dari pihak Tuan Sahar Sahad;
  • Pendaftaran yang telah diterima dan disahkan TIDAK BOLEH dibatalkan dan pembayaran yang telah diterima TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.
  • Bayi dan kanak-kanak atau pasangan tidak dibenarkan untuk bersama-sama dengan peserta di sepanjang program berlangsung.
  • Pihak Tuan Sahar Sahad berhak untuk melarang rakaman audio atau rakaman visual oleh peserta di sepanjang program berlangsung.
  • Setiap kebenaran yang diberikan kepada peserta untuk rakaman audio atau rakaman visual di dalam sesi terpilih adalah bertujuan sebagai rujukan peribadi masing-masing sahaja.
  • Para peserta TIDAK DIBENARKAN untuk berkongsi rakaman audio atau rakaman visual yang diambil di sepanjang program ke dalam mana-mana platfom media sosial TANPA KEBENARAN BERTULIS dari pihak Tuan Sahar Sahad;
  • Yuran tertera TIDAK TERMASUK kos perjalanan untuk tiba ke lokasi yang perlu ditanggung oleh peserta program sendiri.
  • Yuran TIDAK akan dipulangkan sebahagian atau sepenuhnya jika peserta gagal hadir semasa waktu pendaftaran pada hari program. Tiada tuntutan untuk program gantian akan dilayan.

Speaker

  • Date : January 21, 2026
  • Time : 9:00 am - 5:30 pm (Asia/Kuala_Lumpur)
  • Venue : Bilik Melur, Bangi Resort Hotel

Related Events

Bilik Melur, Bangi Resort Hotel

SALES OPERATING SYSTEM