preloader

Business Coaching

FAQ SILIBUS

1. APAKAH PROGRAM SILIBUS?

SILIBUS (Saluran Ilmu Integrasi Bisnes Usahawan Start-Up) merupakan platform pembelajaran atas talian (online) yang dikendalikan oleh Sahar Sahad untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan strategi praktikal berkaitan perniagaan, keusahawanan, pengurusan dan pembangunan organisasi.

Setiap batch SILIBUS mengandungi:

  • 5 sesi pembelajaran secara langsung melalui Aplikasi Zoom
  • 2.5 jam untuk setiap sesi
  • Topik khusus ditetapkan untuk setiap batch
  • Rakaman sesi pembelajaran
  • Bahan pembelajaran dan template (jika berkaitan)
  • Akses kepada Komuniti SILIBUS

Yuran penyertaan adalah sebanyak:

RM350 seorang bagi setiap batch (5 sesi).

Tidak.

Penyertaan SILIBUS adalah berdasarkan batch dan topik yang ditawarkan. Peserta harus dan mempunyai pilihan untuk menyertai mana-mana batch yang dikehendaki.

SILIBUS sesuai untuk:

  • Usahawan baharu
  • Pemilik perniagaan
  • Pengurus dan penyelia
  • Team leader
  • Profesional
  • Individu yang ingin meningkatkan ilmu dan kemahiran pengurusan bisnes

Topik akan diumumkan oleh Sahar Sahad bagi setiap batch.

Antara topik yang bakal dikongsikan termasuk:

  • Business Fundamentals & Growth Strategy
  • Sales & Marketing
  • Financial Management
  • Leadership & Team Performance
  • Business Systems & SOP
  • Business Scaling & Systemization

dan pelbagai lagi topik yang relevan dengan dunia perniagaan.

Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi Sahar Sahad.

Penyertaan hanya disahkan setelah pembayaran berjaya diterima melalui Payment Gateway yang disediakan.

Selepas pendaftaran dan pembayaran berjaya disahkan:

  • Peserta akan menerima maklumat program melalui email yang didaftarkan.
  • Peserta akan diberikan akses ke Komuniti SILIBUS.
  • Link Aplikasi Zoom akan diberikan sebelum sesi bermula.

Ya.

Rakaman sesi akan disediakan kepada peserta yang berdaftar dan hanya boleh diakses di sepanjang tempoh langganan aktif.

Peserta boleh menonton rakaman sesi yang disediakan di sepanjang tempoh akses yang dibenarkan.

Walau bagaimanapun, kehadiran secara langsung adalah digalakkan bagi membolehkan peserta berinteraksi dan bertanya soalan secara terus.

Peserta masih boleh menyertai batch yang sedang berjalan tertakluk kepada kekosongan.

Rakaman sesi yang telah berlangsung bagi batch tersebut akan diberikan untuk rujukan peserta.

Semua sesi SILIBUS dikendalikan oleh:

SAHAR SAHAD

Usahawan, jurulatih dan pengamal perniagaan yang aktif berkongsi pengalaman, strategi dan penyelesaian praktikal berdasarkan pengalaman sebenar dalam dunia perniagaan.

SILIBUS ONLINE BY SAHAR SAHAD

Learn. Apply. Grow.

FAQ SILIBUS

  1. APAKAH PROGRAM SILIBUS?

SILIBUS merupakan sebuah platform atas talian yang menggunakan aplikasi Facebook Secret Group menghimpunkan video-video penerangan ilmu teknikal bisnes dan sesi FB Live mengulas topik-topik terpilih oleh Tuan Sahar Sahad.

  1. ADAKAH DIKENAKAN SEBARANG BAYARAN UNTUK MENYERTAI SILIBUS?

Yuran TAHUNAN sebanyak RM200.

  1. ADAKAH KEAHLIAN DI DALAM PROGRAM SILIBUS PERLU DIPERBAHARUI PADA SETIAP TAHUN?

Ya. Yuran tahunan RM200 akan dikenakan untuk setiap permohonan lanjutan keahlian.

  1. APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM SILIBUS?

Tuan Sahar Sahad memberi komitmen untuk merekodkan sekurang-kurangnya satu (1) sesi Facebook Live pada setiap minggu untuk menjawab persoalan bisnes dari ahli SILIBUS dan memberi penjelasan, komen dan pandangan beliau ke atas permasalahan dan isu-isu pengurusan bisnes yang ditimbulkan.

  1. SELEPAS BUAT BAYARAN, BAGAIMANA NAK SERTAI FB SECRET GROUP SILIBUS?

Semak email yang diterima selepas pendaftaran & semak tindakan yang disenaraikan di dalam email tersebut.

FAQ UNTUK WARGA SILIBUS

  1. BAGAIMANA NAK MENONTON VIDEO FB LIVE TUAN SAHAR YANG DAH LEPAS?

Semak menu “Guide” dalam FB Secret Group SILIBUS, semua video FB Live yang lalu telah disusun dan disenaraikan mengikut topik.

  1. BAGAIMANA NAK TAHU TAMAT TEMPOH LANGGANAN SILIBUS?

Team SILIBUS akan hubungi tuan/cikpuan 1 bulan sebelum tamat tempoh langganan.

  1. BAGAIMANA NAK RENEW LANGGANAN SILIBUS?

Link renew langganan SILIBUS akan diberi 1 bulan sebelum tamat tempoh langganan oleh team SILIBUS. Tuan/cikpuan boleh renew langganan melalui Link yang diberi.