4 Langkah-langkah Wajib Sebelum Kita Memulakan Bisnes
AMARAN: Jangan terus terjun ke dunia bisnes tanpa melalui langkah-langkah berikut:
LANGKAH 1.
Pilih ‘market’ yg bersesuaian dengan ‘Big Why’ kita. Bahasa yang sering digunakan adalah ia harus seiring dan sepadan dengan ‘passion’ kita sebagai seorang usahawan.
Pasti kita berdepan dengan kesukaran untuk terus kukuh di pasaran yang kita sendiri tidak mempunyai minat mendalam dan ‘passion’ di dalamnya.
LANGKAH 2.
Ketahuilah apa yang ‘market’ tersebut mahukan. Perlu buat kajian mendalam untuk mencari ‘gap’ bakal diisi oleh apa yang akan bisnes kita tawarkan.
‘Research’ di era sekarang ini boleh menggunakan ‘Keyword Planner’ di dalam Google. PERCUMA dan efektif.
LANGKAH 3.
‘Design’ produk atau servis yang kita akan tawarkan kepada ‘market’ mengikut hasil kajian di atas. Di tahap ini kita perlu buat ‘market validation’ dulu. Usah main terjah berbelanja besar melabur ke dalam inventori yang banyak, peralatan yang canggih, kelengkapan yang sempurna dan sebagainya.
Ilmu ‘market validation’ perlu digali.
LANGKAH 4.
Setelah ketiga-tiga langkah di atas telah lengkap maka kita telah bersedia untuk mula menjual produk atau servis kita.
Di tahap ini, bermula lah proses ‘to create market awareness’ ke atas kita, ‘brand’ kita, produk kita dan sebagainya.
Baru lah bermulanya perjalanan anda untuk berbisnes.