preloader

Business Coaching

 Tips Bisnes 2024

Tips Bisnes 2024

Berikut adalah senarai semak untuk para usahawan mengambil tindakan bagi memastikan bisnes mereka masing-masing akan lebih sustainable di tahun 2024.

1. Bersedia untuk lebih hands-on dalam operasi bisnes terutamanya yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Jangan semua nak mengharap staff dan “sistem/ SOP” yang kononnya macam teratur sangat dah tu. Jangan tidak masuk ofis berminggu-minggu atas alasan bisnes kita sudah berjaya di automate kan.

2. Lebih komited dan fokus kepada bisnes tidak teralih perhatian kepada perkara-perkara dan hal-hal lain yang menjejaskan tumpuan kita dalam menguruskan bisnes. Hobi yang keterlaluan menghabiskan masa dan wang ringgit harus disemak semula. Setiap weekend nak merayau keluar buang masa buang duit atas alasan nak healing dan reward diri konon adalah tidak dinasihatkan. Tahun 2024 ni tolong lebih kan usaha dan masa kpd bisnes kita ya.

3. Menyusun semula rutin harian untuk lebih produktif. Formula telah disediakan jangan rasa bijak asyik nak menyangkal. Bangun awal pagi, bekerja berusahalah sekuatnya di siang hari, malam lebihkan untuk berehat dan bermunajat kpd ALLAH swt. Jaga kesihatan mental, fizikal dan emosi.

4. Mengemaskini senarai produk dan servis yang akan dikekalkan. Yang merugikan harus dikira semula costing dan pricing nya melainkan kita berstrategi menggunakan produk harga rendah sebagai penarik prospek. Jika tidak, gugurkan dari senarai. Yang susah nak dapat supplies dan memerlukan skilled worker juga harus dikaji semula. Jangan sentimental sgt.

5. Belajar to say NO kepada prospek dan pelanggan yang menyusahkan malah merugikan. Tolong diri dan bisnes sendiri terlebih dahulu sebelum boleh nak membantu orang lain.

6. Beri penekanan kepada staff dan team untuk memberi lebih perhatian kepada regular dan loyal customers yang menyumbang baik kepada bisnes kita, tidak berhutang dan tidak banyak ragam. Yang lain-lain tu diletakkan ke dalam kumpulan secondary. Tahun 2024 kita fokus kepada Customers Relationship Management.

7. Fokus memberi lebih training dan meningkatkan soft skill kepada team member yang berbaloi untuk kita laburkan. Develop more leaders to develop bisnes kita. Kita tak boleh nak buat kesemuanya seorang diri. We need more leaders di dalam team kita.

8. Tingkatkan Kualiti Sales bisnes kita. Cash basis, high margin, repeating purchases dan zero cost marketing adalah ciri-ciri utama sales yang berkualiti.

Selamat berbisnes.