Birokrasi Membunuh Bisnes Kecil
Salah satu punca team dan organisasi bisnes kita tidak dapat berfungsi dengan efektif adalah dengan ada nya birokratik dan formalities yang keterlaluan
Apabila timbul sesuatu masalah, kita bermeeting dulu bincang berjam-jam berbincang mengenai masalah itu kononnya mencari solusi. Tapi lebih menbincangkan sesuatu yang merewang entah ke mana.
Bila timbul isu kerja tak siap, tugasan yang melepasi deadline ditetapkan, kita bermeeting lagi. Kita tubuhkan jawatankuasa, bermeeting lagi. Nak pilih ahli jawatankuasa sebelum tu pun kena meeting lagi.
Bila nak buat apa-apa keputusan, meeting lagi. Leader yang telah dilantik tidak diberi kepercayaan untuk membuat keputusan sendiri di levelnya bersesuaian dengan pengalaman, pengetahuan dan bidang tugasnya. Kena meeting jugak dengan semua orang untuk mendapatkan pandangan semua pihak.
Leaders dan pengurusan yang asyik bergantung dengan kaedah sebegini memang jenis yang lack of management skill. Dan team yang dia terajui memang tidak akan dapat berfungsi dengan baik.
Leaders sebegini suka orang bawahan menurut kata dan arahan mereka semata-mata. Mereka tidak dibenarkan untuk berfikir dengan sendiri dan tidak diberi peluang untuk membuat keputusan segera dengan sendiri.
Sekecil-kecil -jam, perlu dibincangkan di dalam meeting yang setiap sesi berhabis masa berjam-jam dan ada ketikanya di bawa ke beberapa sesi meeting yang berikutnya pula.
aHabis satu meeting, kena meeting nyg lain pula. Entah bila nak take action dan buat kerja pun tak tahu.
Dalam dunia bisnes era ini, speed tersangat penting dan kritikal. Jangan bertangguh. Melewat-lewat membuat keputusan dek kerana banyak nya steps di dalam sistem birokrasi dan formality membuatkan bisnes lebih kerugian dan terlepas peluang. Malah masalah dan isu baru bakal timbul.
Terutamanya di dalam dunia bisnes IKS ini, janganlah nak diikutkan lagak dunia korporat sangat. Meeting tu tak sepenting mana dibandingkan dengan making a decision and taking an action.
Selamat berbisnes.