preloader

Business Coaching

K.I.T.A.B

Sahar Sahad - transformasi e-invoice
  • K.I.T.A.B – KELAS INTENSIF TEKNIKAL ASAS BISNES

TRANSFORMASI e-INVOIS

Langkah Penting Untuk Usahawan

  1. PENGENALAN

K.I.T.A.B TRANSFORMASI e-INVOIS ini direka khusus untuk membantu individu dan syarikat dalam memahami dan melaksanakan sistem e-invois yang kini menjadi keperluan dalam dunia perniagaan moden. Melalui latihan ini, peserta akan mempelajari bagaimana untuk beralih daripada sistem invois tradisional kepada e-invois, termasuk kelebihan dan cabaran yang terlibat.

Bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa pengantar.

TENAGA PENGAJAR – Cik Suzana Binti Che Saruji.

Cik Suzana adalah Pekongsi Firma SA Accountants PLT, sebuah firma percukaian dan perakaunan yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Berkelulusan graduan Sarjana Muda dalam Perakaunan (dengan Kepujian) dari Universiti Teknologi MARA, serta mempunyai Sarjana dalam Perakaunan Forensik dan Kriminologi Kewangan dari institusi yang sama, beliau berpengalaman menguruskan cukai dan akaun pelanggan daripada pelbagai industri selama lebih 20 tahun.

Beliau juga telah lulus kualifikasi Ijazah Profesional, ICSA iaitu bidang pentadbiran dan tadbir urus syarikat.

Cik Suzana merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA), ahli penuh MIA, MICPA, MAICSA dan CTIM.

Dengan menggabungkan pengalaman dan praktik, beliau memiliki

pemahaman yang mendalam tentang percukaian dan perakaunan. Beliau aktif terlibat dalam bidang percukaian, perakaunan, pengurusan korporat, pentadbiran dan tadbir urus syarikat, perakaunan forensik, dan kriminologi kewangan. Perakaunan merupakan minat utamanya, dan beliau yakin bahawa dengan berkongsi pengetahuan dalam setiap seminarnya dapat memberikan manfaat bagi masyarakat secara keseluruhan.

  1. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran untuk program K.I.T.A.B TRANSFORMASI e-INVOIS ini adalah mereka dari kalangan;

  • Pemilik Perniagaan
  • Pensyarah / Ahli Akademik
  • Peguam Bela & Peguam Cara
  • Perunding Kewangan
  • Akauntan
 
  1. OBJEKTIF PROGRAM

Di penghujung program K.I.T.A.B TRANSFORMASI e-INVOIS ini, para peserta dijangka akan lebih memahami kepentingan dan konsep e-Invois dan dapat menguasai proses-proses penggunaan sistem e-Invois.

Para peserta juga dijangka lebih memahami garis panduan e-Invois dan dapat mempraktiskan pematuhan peraturan di samping mengitegrasikan e-Invois ke dalam sistem perniagaan masing-masing.

  1. MODUL

Modul program adalah seperti berikut:

  • Pelaksanaan e-Invois
    • Pelaksanaan e-Invois: Proses memperkenalkan dan mengimplementasikan sistem invois elektronik untuk memudahkan pengurusan invois dan mengurangkan penggunaan kertas.

Sebab-sebab Pelaksanaan:

  1. Mematuhi peraturan cukai yang semakin ketat.
  2. Meningkatkan ketelusan dalam transaksi kewangan.
  3. Mengurangkan penipuan invois.
  4. Mempercepatkan proses audit.

Kesan e-Invois:

    1. Pengurangan kos operasi.
    2. Peningkatan kecekapan operasi.
    3. Pengurangan risiko penipuan.
    4. Peningkatan kebolehkesanan transaksi.
  • Pengenalan e-Invois
  • Pengenalan e-Invois: Penjelasan mengenai apa itu e-Invois, bagaimana ia berfungsi, dan siapa yang perlu menggunakannya.
  1.  
  1. Objektif e-Invois:
    1. Menyediakan cara yang lebih efisien dan selamat untuk mengurus invois.
    2. Memastikan semua transaksi didokumenkan dengan tepat dan tepat pada waktunya.
  1. Jenis Transaksi:
    1. Transaksi antara bisnes dengan bisnes.
    2. Transaksi antara bisnes dengan pelanggan.
    3. Transaksi antara bisnes dengan kerajaan.
  1. Jenis e-Invois
  1. Aspek Teknikal
    1. Kaedah Penghantaran:
      1. Proses penyampaian invois elektronik melalui platform yang diiktiraf.
      2. Application Programming Interface (“API”)
  • MyInvois Portal
  1. Keperluan Data dalam e-Invois:
    1. 55 senarai medan data yang diperlukan
  1. Langkah-langkah e-Invois:
    1. Pendaftaran dengan penyedia perkhidmatan e-Invois.
    2. Pengeluaran invois elektronik.
  • Penghantaran kepada pihak pembeli.
  1. Penyimpanan dan audit e-Invois.
  1. Transaksi yang Tidak Dibolehkan Mengeluarkan e-Invois:
    1. Aktiviti/industri tertentu mungkin tidak dibenarkan menggunakan e-Invois yang disatukan kerana peraturan atau sifat transaksi mereka.
  1. Kesan Ketidakpatuhan – Cabaran Pelaksanaan e-Invois
    1. Kesan Ketidakpatuhan:
      1. Denda dan Penalti: Pihak berkuasa mungkin mengenakan denda ke atas perniagaan yang gagal mematuhi peraturan e-Invois.
      2. Gangguan Operasi: Ketidakpatuhan boleh menyebabkan gangguan kepada aliran tunai dan proses perniagaan.
  1. Cabaran Pelaksanaan e-Invois:
    1. Kebolehgunaan Teknologi: Kesukaran dalam mengadaptasi teknologi baru dalam organisasi.
    2. Penentangan Perubahan: Terdapat penolakan dari pekerja atau pengurusan terhadap perubahan proses yang sedia ada.
  • Kos: Kos permulaan untuk memasang dan mengintegrasikan sistem e-Invois yang baru
  1. TARIKH & LOKASI

2 DISEMBER 2024 bertempat di BANGI RESORT HOTEL (Off, Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor)

Pendaftaran peserta bermula pada pukul 8.00 pagi dan slot pertama akan bermula tepat pada pukul 8.30 pagi.

Program bakal berakhir pada pukul 5 petang.

  1. YURAN
  • RM300/pax (UMUM).
  • RM250/ pax (AHLI SIDANG)

Yuran tertera adalah TIDAK TERMASUK kos perjalanan dan penginapan peserta. Sarapan pagi juga TIDAK DISEDIAKAN di sepanjang program (Harus diuruskan dan dan segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh setiap peserta).

PENTING: Penginapan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Urusan penginapan dan kos perjalanan perlu diuruskan dan ditanggung sendiri oleh setiap peserta.

Makanan dan minuman yang disediakan kepada peserta adalah sepertimana dinyatakan di dalam aturcara program.

  1. ATURCARA PROGRAM
  • 8.00 am: Pendaftaran
  • 8.30 am:
  • Pelaksanaan E-Invois
    • Sebab-sebab Pelaksanaan E-Invois
    • Kesan E-Invois
  • Pengenalan E-Invois
    • Objektif E-Invois
    • Jenis Transaksi
    • Jenis e-Invois

10.00 am : Minum Pagi

10.30 am : Aspek Teknikal

  • Kaedah Penghantaran
  • Keperluan Data dalam E-Invois
  • Langkah-langkah E-Invois
  • Transaksi Melibatkan Pembeli
  • Aktiviti/Transaksi Industri Tidak Dibenarkan

12.30 pm : Makan Tengahari & Dzohor

2.00 pm :

  • Kesan Ketidakpatuhan
    • Cabaran Pelaksanaan E-Invois

3.30 pm: Minum Petang

4.00 pm –

  •  (Sambungan) Kesan Ketidakpatuhan

– Cabaran Pelaksanaan E-Invois

5.00 pm : TAMAT

  1. SYARAT-SYARAT LAIN
  1. Hanya peserta yang telah mendaftar dan telah menjelaskan pembayaran penuh dibenarkan untuk menyertai program ini.
  1. Pihak penganjur berhak untuk tidak menerima permohonan pendaftaran atau membatalkan mana-mana penyertaan peserta.
  1. Aturcara program adalah sebagai satu garis panduan sahaja dan pihak penganjur berhak untuk meminda kandungan dan format program mengikut kesesuaian pada hari program berlangsung.
  1. Program ini terbuka hanya untuk orang dewasa. BAYI, KANAK-KANAK dan REMAJA BERUMUR DI BAWAH 18 TAHUN TIDAK DIBENARKAN untuk dibawa masuk ke dalam dewan di sepanjang program ini sedang berlangsung.
  1. Kesemua peserta TIDAK DIBENARKAN untuk membuat LIVE STREAMING melalui mana-mana saluran media di sepanjang program sedang berlangsung. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan peserta yang tidak menuruti peraturan yang telah ditetapkan ini.
  2. Pendaftaran akan di TUTUP pada 30 NOVEMBER 2024, jam 11.59 malam.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi;

016 276 5616 (Puan Fairus)