preloader

Business Coaching

PENGENALAN SILIBUS

S.I.L.I.B.U.S adalah nama singkatan kepada SALURAN ILMU INTEGRASI BISNES USAHAWAN START-UP (SILIBUS)  yang menghimpunkan perkongsian ilmu teknikal bisnes di dalam format penulisan-penulisan artikel pendek dan video rakaman sesi FB Live.

Tuan Sahar Sahad komited untuk mengadakan satu sesi FB Live pada setiap minggu di dalam SILIBUS. Topik-topik sesi FB Live dipilih dari persoalan-persoalan dan pertanyaan-pertanyaan yang diterima dari para usahawan sendiri.

Sesi FB Live di dalam SILIBUS memfokus untuk menjawab persoalan bisnes dari usahawan-usahawan dan memberi penjelasan, komen dan pandangan Tuan Sahar Sahad sendiri ke atas permasalahan dan isu-isu pengurusan bisnes yang ditimbulkan.

Sehingga kini terkandung lebih dari 100 rakaman video perkongsian ilmu teknikal bisnes oleh Tuan Sahar Sahad di dalam FB Group SILIBUS ini.

Keahlian di dalam SILIBUS ini dikenakan caj RM200 SETAHUN.